Sunday 2 October 2016

Langkah Mengatasi Pencemaran Bunyi

A)Penggunaan Teknologi

Terdapat pelbagai strategi mengurangkan pencemaran bunyi antaranya ialah penggunaan halangan bunyi, menghadkan kelajuan kenderaan, menukar tekstur permukaan jalan raya, menghadkan berat kenderaan,mengunakan kawalan trafik agar tidak mengalami tekanan brek dan pecutan bagi kenderaan.

Selain itu,pelaksanaan model computer bagi buyi jalan,mampu menangani topografi dan operasi trafik serta pengurangan hipotesis tempatan.Kos pembinaan pengurangan bina adalah sederhana tertakluk pada penyelesaian pada tahap perancangan projek laluan jalan.
Pengeluaran bunyi dari kapal terbang dengan menghasilkan enjin jet yang lebih senyap yang dilakukan pada 1970-an dan 1980-an.Strategi ini membawa pengurangan terhad.Bagi pihak pengurusan operasi,seperti menukar laluan penerbangan dan tempoh masa penggunaan landasan telah membuktikan memberi kebaikan penduduk berhampiran lapangan terbang.


B)Pendidikan 

 Melalui pendidikan memberi kesedaran serta membentuk sikap positif terhadap alam sekiar terutamanya dari peringkat rendah lagi.Melalui pendidikan mereka dapat mengetahui pencemar alam dari segi kesan-kesan negative terhadap alam sekitar dan manusia.
Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum bersepadu sekolah rendah KBSR dalam matapelajaran alam dan manusia.



Seterusnya pada peringkat menengah melalui dalam kurikulum bersepadu sekolah menengah KBSM khususnya dalam matapelajaran sains.Masyarakat juga mengetahui mengenai alam sekitar melalui penyiaran media serta kempen.


C)Tanggungjawab bersama

Kerajaan patutlah memainkan peranan seperti mengetat undang-undang untuk melindungi alam sekitar.Rondaan oleh pegawai alam sekitar perlu diperbanyakkan. Pengusaha kilang haruslah mendapatkan nasihat mengenai alam sekitar sebelum memulakan operasi.Selain itu,pengguna perlu mementau persekitaran sekiranya terdapat pihak tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar perlu segera membuat aduan agar pencemaran bunyi diatasi.


D)Pameran,pertandingan dan kempen alam sekitar

Pameran perlulah diadakan secara berkala disetiap kawasan tertentu dengan mengedar risalah tenteng punca dan kesan pencemaran bunyi terhadap alam sekitar serta manusia. Selain itu, kerajaan perlulah mempamerkan slaid-slaid berkaitan pencemaran bunyi agar dapat menyedarkan masyarakat serta mengajar masyarakat melindungi alam sekitar.
Mengadakan pertandingan kuiz tentang pencemaran untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai alam sekitar terutamanya di peringkat sekolah. 




E)Pendedahan media massa

 Penyiaran isu-isu berkaitan alam sekitar supaya masyarakat peka dan berhati- hati untuk melindungi alam sekitar daripada tercemar.Pihak media turut menyiarkan isu-isu terkini di akhbar dan majalah untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat

.

1 comment: