Sunday 2 October 2016

Pengenalan Tugasan

assalammualaikum.wbt.
Blog yang kami ciptakan ini adalah tugasan akhir yang telah diberikan kepada kami untuk disiapkan dalam tempoh masa yang diberikan oleh pensyarah. Kami pelajar dari Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) daripada kelab komputer sesi Disember 2015 akan melakukan yang terbaik untuk menyiapkan tugasan ini. Para pelajar yang menyertai kelab komputer telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan, ahli kumpulan kami terdiri daripada tiga orang lelaki sahaja iaitu Muhammad Naim b. Abdullah (15DEM15F1039), Muhammad Adini Azfar b. Zia Ahmad Kusairee (15DEM15F1027) dan Muhammad Irfan b. Joharer (15DAT15F1032). Tugasan yang diberikan pada kali ini adalah setiap kumpulan dikehendaki untuk mencipta blog yang dapat membantu masyarakat dari segi kemahiran , pengetahuan dan lain-lain. Kami memilih tajuk 'Jenis-jenis Pencemaran dan Langkah Mengatasinya' sebagai tajuk utama untuk blog kami. Harapan kami pada tugasan ini dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan dan memperoleh kejayaan pada akhirnya selain mengharap pembaca yang akan mengunjungi blog kami ini memperoleh maklumat daripada apa yang kami bakal kongsikan.

No comments:

Post a Comment