sehingga terjadi pertukaran warna,kesuburan,dan hakisan. Ia disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal.
PUNCA-PUNCA
Pembuangan sampah sarap dan kumbahan yang
tidak terkawal merupakan salah satu punca yang menyebabkan
sampah yang sering diamalkan iaitu kaedah penimbusan dan
kaedah pembakaran.Walaupun sampah sarap dapat dilenyapkan
dari pandangan mata dan hiduan hidung dengan kaedah ini namun
tanpa pengawalan yang rapi,kedua-dua teknik inijuga boleh
memberi masalah yang serius kepada alam sekitar.
Selain itu, Pembuangan sisa toksik dan nuklear juga akan
menyebabkan pencemaran tanah berlaku.Apabila sisa toksik dan
nuklear telah mencemari permukaan tanah,maka ia akan
menyebabkan kualiti tanah merosot. Hal ini akan memberi impak
yang besar kepada manusia serta alam sekitar.
pencemaran tanah berlaku.Kawasan hutan ditebang untuk
mendapatkan hasil balak yang mempunyai keuntungan lumayan.
Penebangan hutan ini akan menyebabkan struktur tanah menjadi
longgar.Hal ini disebabkan ketiadaan akar pokok untuk
mencengkam tanah. Kesannya,tanah runtuh akan terjadi dan
akan membahayakan nyawa penduduk yang tinggal brehampiran
kawasan itu.
Penyebaran kuman-kuman penyakit merupakan
salah kesan yang akan timbul kesan daripada pencemaran
tanah.Haiwan-haiwan perosak seperti tikus,lipas dan lalat akan tertumpu
di kawasan itu dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat lain.Jika
makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas,seterusnya di makan
oleh manusia tanpa sengaja maka manusia akan mudah diserang keracunan
makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius.
Selain itu,Kerosakan tanah dan kualitinya
juga merupakan kesan yang akan timbul apabila terjadinya pencemaran
tanah.Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan dari kenderaan pengangkut
menjadikan tanah rosak dan kurang kualiti.Tanah yang kurang kualiti
menyebabkan tumbuh-tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam hidup dengan
tidak sempurna dan kurang subur.
Hakisan tanah juga
akan turut terjadi jika pencemparan tanah berlaku.Hakisan tanah adalah
salah satu fenomena yang sering berlaku di seluruh negara.Ianya bukan
sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam
keselamatan dan nyawa manusia,misalnya tanah runtuh dan gempa
bumi.Terdapat banyak yang sedang diancam hakisan tanah.Antara
aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan tanah adalah
pembersihan dan pembajakkan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan
yang dapat menahan tanah daripada runtuh.
No comments:
Post a Comment