Pencemaran
Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga di alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kepenggunaan alam sekitar.
Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar(AKAS) 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran ialah perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan yang mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam manusia atau organisma-organisma lain,iaitu tumbuhan dan haiwan.
Bentuk pencemaran
Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi- Pencemaran udara, iaitu pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke dalam atmosfera. Contoh-contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri.
- Pencemaran air, seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomena eutropikasi, hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik.
- Pencemaran tanah, iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih, sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.
- Pencemaran radioaktif, iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling.
- Pencemaran bunyi yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri, biasanya melebihi 80 dB.
- Pencemaran bau bermaksud satu perbuatan yang boleh mencemarkan alam sekeliling dengan bau yang tidak disenangi sehingga memberikan kesan negatif kepada haiwan dan manusia.
- Pencemaran cahaya yang disebabkan penyinaran lebihan, lazimnya di bandar besar. Hal ini lebih dikenali sebagai kesan rumah kaca/hijau.
- Pencemaran terma, iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia, seperti penggunaan air sebagai bahan pendingin dalam jana kuasa elektrik.
pencemaran bunyi oleh enjin kapal terbang
pencemaran air daripada pembuangan sisa cairan oleh industri
pencemaran tanah oleh sistem pengurusan sisa sampah sarap yang tidak sistematik
pencemaran sisa radioaktif terhadap alam sekitar
No comments:
Post a Comment